Pengurusan dan kakitangan P3 Sweetener mengucapkan Selamat Hari Raya Eid al-Adha 2021, dengan ucapan, “Semoga Pengorbanan Kita Semua Diberi Ganjaran Oleh Allah SWT.” Dengan doa, semoga lenyaplan secepat kilat, Covid-19 ini. Amin…
Hari Raya Korban, dikaitkan dengan Nabi Ibrahim a.s. Jika dibaca semula riwayat Nabi Ibrahim, kita akan mengesahkan bahawa, Nabi Ibrahim adalah manusia yang tidak pernah mempersoalkan apa yang Allah suruh. Apa yang Allah suruh akan dibuat tanpa mempersoalkan walau sepatah kata. Terus dilaksanakan.
- Allah perintahkan membuka kota Mekah yang kering kontang dan tidak ada sebarang potensi pembangunan. Namun Nabi ibrahim buat, tanpa mempersoalkan, “Kenapa di sini?”
- Allah perintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar yang sarat mengandung, bila-bila masa akan melahirkan, di tengah-tengah padang pasir, kering kontang! Nabi Ibrahim taat dan meninggalkan Siti Hajar.
- Allah perintahkan menyembelih Ismail, anak sulungnya yang ditatang, disayangi. Tanpa sepatah bantahan, si bapa menyembelih anak kesayangan.
- Allah perintahkan Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah sebagai penanda arah kiblat, tanpa sepatah perkataan, ia terus dibangunkan, walaupun tidak tahu untuk apa bangunan empat segi yang tinggi itu dibangunkan.
Mesejnya sangat mudah: Kesemua yang diperintahkan Allah ikuti sahaja jangan banyak soal, jangan banyak tanya, jangan mempertikai. Yang diperintah dilakukan atau yang dilarang — memang yang terbaik sekali untuk kita sama ada sekarang atau masa depan, kerana Allah swt tidak pernah menzalimi hamba-Nya, melainkan hamba-Nya yang menzalimi diri sendiri.
Setiap pengorbanan, apa saja pengorbaan, pasti ada kebaikan yang sedang menanti untuk sampai ke tangan kita.