Ramadan berasal daripada kata akar, yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah.
Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah.
Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan.
Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama berpuasa, mereka harus menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa sehingga tiba waktu berbuka. Syariat ini diturunkan pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah dan sejak itu, masyarakat Islam menyambut bulan Ramadan dengan seharian berpuasa.
Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa.Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain.
Semasa berbuka puasa, disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis. Semestinya tidak berlebih-lebihan. Sebaik-baiknya manis asli seperti buah-buahan. Sebaik-baiknya juga gunakan pemanis bukan gula, pemanis gantian seperti madu dan pemanis P3 yang tekah dikenali sebagai manis tanpa mudarat.
Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.
Ramadan bulan yang penuh keberkatan dan digelar sebagai penghulu segala bulan. Dalam 11 bulan sepanjang tahun, sebulan, bulan Ramadan itulah penghulunya.
Ramadan juga dikatakan sebagai bulan pendidikan. Mendidik rohani dan fizikal untuk menjadi insan yang mulia, kerana berpuasa sebenar, bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi mengawal pelbagai jenis nafsu dan karat-karat di hati.
Jelaslah puasa itu adalah pembersihan zahir batin, pendidikan, dan pembinaan semula untuk digunakan sepanjang 11 bulan berikutnya. Contohnya, kalau di bulan Ramadan boleh berjimat cermat, mengapa 11 bulan yang lain tidak pandai berjimat cermat? Kalau di bulan Ramadan terdidik, terlentur hati menjadi banyak bersedekah tanpa berkira-kira, mengapa pada 11 bulan yang lain, tidak begitu? Nota: bersedekah, jangan sebarangan — jangan tersalah tempat bersedekah. Jangan sesekali ada, “Itu antara dia dengan Tuhan.”
Ramadan juga mendidik kita jujur dan amanah. Boleh saja kita makan minum secara menyorok, tapi kita tidak mahu kerana tertanam perasaan, “Allah melihat.”
Dan ini penting sekali — kita berpuasa semata-mata kerana Allah swt. Apa-apa yang diperoleh, misalnya turun berat badan (seperti mustahil kerana kebanyakannya makan berganda-ganda pada sebelah malam) — kalau terjadi, adalah bonus, bukan matlamat. Matlamat kita adalah kerana Allah perintahkan berpuasa.
Mari meraikan Ramadan yang hanya terjadi sebulan dalam dua belas bulan.