Promosi Jom Cari Duit Raya

TERMA & SYARAT “JOM CARI DUIT RAYA P3”

1. Hanya Ahli atau Pengedar P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD sahaja yang layak menyertai “JOM CARI DUIT RAYA P3’ yang bermula pada 1/2/2017 hingga 15/5/2017. Para Pemenang akan diumumkan pada satu majlis khas yang akan diadakan pada 20/5/2017. Pihak syarikat akan mengumumkan lokasi majlis kemudian.

2. Promosi ini hanya untuk urusniaga pembelian secara Trading (runcit) sahaja. Pembelian secara Network tidak layak untuk promosi ini.

3. Tiket ini tidak boleh dipindah milik, melainkan dimaklum secara bertulis kepada pihak P THREE SWEETENER GLOBAL SDN. BHD. sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis dilangsungkan.

4. Satu (1} tiket mewakili Seorang kehadiran sahaja. Hanya pemegang tiket sahaja yang dijemput hadir.

5. Wakil adalah tidak dibenarkan. Namun jika terdapat sebarang kecemasan, mesti dimaklumkan secara bertulis kepada ibu pejabat P THREE SWEETENER GLOBAL SDN. BHD. seminggu sebelum majlis dilangsungkan.

POSTER6. CARA MENYERTAI
Pengedar atau Ahli hanya perlu membuat pembelian :
(i) P3 Sweetener Liquid Drop 5 Kotak x RM 150 = RM 750 (1 resit mewakili 1 tiket)
(ii) P3 NanoSugar Advance 72 Pek x RM 14.50 = RM 1,044 (1 resit mewakili 1 tiket)

7. ”Jom Cari Duit Raya” melibatkan 3 Kategori Hadiah yang ditawarkan iaitu Hadiah CABUTAN BERTUAH, PEMENANG PEMBELIAN TIKET TERBANYAK dan HADIAH KHAS AHLI P3 :

(I) CABUTAN BERTUAH
(a) Hanya Ahli P THREE SWEETENER GLOBAL SDN. BHD. yang dibenarkan untuk menyertai Cabutan
Bertuah.
(b) Hanya tiket yang diperoleh dan direkodkan di ibu pejabat P THREE SWEETENER GLOBAL SDN.
BHD. sahaja yang layak untuk menyertai Cabutan Bertuah.
(c) Pembeli layak untuk mendapatkan lebih dari 1 Hadiah.
(d) Untuk Hadiah Cabutan Bertuah sekiranya nombor pemenang tidak di tuntut dalam kiraan sehingga 3 kali, secara automatik cabutan tersebut terbatal dan dibuat cabutan baru.
(e) Tuntutan hadiah hanyalah semasa Cabutan Bertuah berlangsung dan sebelum majlis bersurai. Tuntutan selepas itu tidak akan dilayan.

(II) PEMENANG PEMBELIAN TIKET TERBANYAK
(a) Sekiranya berlaku jumlah pembelian tiket adalah sama di antara ahli, maka tarikh dan masa pembelian tiket tersebut akan diambil kira sebagai pemenang.

(III) HADIAH KHAS AHLI P3
(a) Yang telah mendaftar sebagai Ahli P3 sejak Disember 2014 ke bawah.
(b) Hadiah khas dari syarikat sebagai penghargaan kepada ahli-ahli P3 yang setia.
(c) Diberikan kepada ahli yang kekal aktif bersama syarikat dari awal tahun 2013 sehingga tahun 2014 sahaja.

8. Kakitangan P THREE SWEETENER GLOBAL SDN. BHD. tidak dibenarkan untuk menyertai “JOM CARI DUIT RAYA P3’ ini.

9. Barang yang telah terjual tidak boleh dikembalikan semula.

10. Keputusan pengurusan syarikat adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.