Selalunya, apabila sampai masa MEMERLUKAN KESIHATAN, tetapi, baru hendak bermula membina kesihatan, sesalan paling besar pun datang.
Jadi, sebelum sampai saat memerlukan kesihatan itu, marilah bersama membina kesihatan sekarang.
Kesihatan, pada umumnya terbina daripada:
1. Makanan,
2. Minuman,
3. Ibadat,
4. Sukan & Riadhah,
5. Gaya Hidup,
6. Pemikiran & Fokus,
7. Persekitaran,
8. Pergaulan.
Doa? Ya, doa amat penting sekali. Namun doa ada disiplin tersendiri. Adalah salah — berdoa dan hanya berharap kepada ‘keajaiban’ akan terjadi melalui doa tersebut. ‘Keajaiban’ akan terjadi jikalau doa kita optimis, penuh keyakinan, terlalu mengharap dan MELAKSANAKAN APA YANG DIPOHON. Jikalau memhon kesihatan, semestinya kita berusaha sedaya-upaya membina kesihatan yang optimum.