Pihak syarikat telah berbesar hati memberi sumbangan untuk golongan asnaf yang memerlukan melalui Pihak Masjid Abu Ubaidillah Al Jarah Sri Rampai. Sebanyak 100 Pek P3 nano sugar dan qocoa telah disumbangkan. Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapatlah meringankan beban golongan yang memerlukan dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan ketika ini. Semoga amalan bersedekah ini.
Ramadan berasal daripada kata akar, yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan. Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama