Selamat Tahun Baharu Cina 2020. Tahun Tikus

Tahun Baharu Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baharu dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.) Tahun Baharu Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baharu bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baharu. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baharu dan bagi menghalau puaka dan