Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1441

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1] Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Kalender Hijarah secara

Selamat Hari Raya Eid al-Adha 2019

Pengurusan dan kakitangan P3 Sweetener mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2019, dengan ucapan, “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan.” Hari Raya Korban, dikaitkan dengan Nabi Ibrahim a.s. Jika dibaca semula riwayat Nabi Ibrahim, kita akan mengesahkan bahawa, Nabi Ibrahim adalah manusia yang tidak pernah mempersoalkan apa yang Allah suruh. Apa yang Allah suruh akan dibuat tanpa mempersoalkan walau sepatah kata. Terus dilaksanakan. Allah perintahkan membuka kota Mekah yang kering kontang dan tidak ada sebarang potensi pembangunan. Namun Nabi ibrahim buat, tanpa mempersoalkan, “Kenapa di sini?” Allah perintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar yang sarat mengandung, bila-bila masa akan melahirkan, di tengah-tengah