adha

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2018

Selamat Hari Raya Aidiladha 2018. 

 

Diraikan Oleh
Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim, Ia adalah Perayaan agama. Pada 10 Zulhijjah

Kepentingan
Memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. sebagai simbolik ketaatannya kepada Allah SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan.

Petanda berakhirnya musim Haji ke Mekah.

Sambutan
Penukaran kelambu Kaabah (Kiswah) pada 9 Zulhijjah, Menghias rumah, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, jamuan makan, memberi hadiah, memakai pakaian baharu lagi bersih, balik kampung.

Amalan
Solat, mengadakan ibadah korban iaitu menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha atau Hari Tasyrik dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah SWT. Binatang yang dibolehkan korban ialah unta, lembu, kerbau, kambing dan kambing biri-biri (kibas).

Memberi 1/3 daging kurban kepada jiran tetangga, sahabat handai dan sedekahkan 1-3 bahagian daging kurban atau lebih kepada orang miskin, fakir dan yang memerlukan.

Daging, kulit, tanduk atau apa-apa jua bahagian tubuh dari haiwan sembelihan tidak boleh dibuat jual beli kembali atau bahan untuk urusniaga.

 

Sumber: Wikipedia

Admin