Kod Etika, Terma & Syarat untuk Pengedar P Three Sweetener Global Sdn. Bhd.

Bagi memastikan pengedar sentiasa beretika.

1. Pengedar mestilah sentiasa mematuhi prosedur-prosedur dan peraturan-peraturan seperti yang telah ditetapkan oleh P THREE SWEETENER GOBAL SDN BHD serta mana-mana peraturan yang mungkin digubal, dipinda atau ditambah dari masa ke semasa.

2. Pengedar mestilah :

a) menjalankan perniagaan secara beretika dan profesional pada setiap masa berurusan;

b) tidak mengamalkan perekrutan yang mengelirukan, memperdaya atau tidak adil;

c) hendaklah secara jujur memperkenalkan diri kepada bakal pembeli,dan juga memperkenalkan syarikat, produk/perkhidmatan serta tujuan berbuat demikian. Dalam jualan parti, pengedar hendaklah menjelaskan tujuan parti itu kepada tuan rumah dan para peserta;

d) memberi jawapan yang tepat dan mudah difahami terhadap semua soalan dari para pengguna mengenai produk/perkhidmatan;

e) tidak boleh mempamerkan atau menjual produk/perkhidmatan P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD dimana-mana kedai, katalog pos atau saluran agihan perniagaan keluarga yang lain kecuali saluran agihan berkenaan dimiliki oleh pengedar itu sendiri;

f) tidak dibenarkan untuk mengadakan promosi, memberi penerangan atau membuat demonstrasi tentang produk/perkhidmatan atau pelan perniagaan yang lain daripada P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD di mana-mana agensi atau cawangan P THREE SWEETENER GOBAL atau di tempat-tempat yang berdekatan;

g) tidak boleh dengan sendirinya mengurangkan atau menaikkan harga runcit produk/perkhidmatan;

h) hendaklah memenuhi pesanan pelanggan dalam cara yang menepati masa;

3. Adalah menjadi tanggungjawab pengedar untuk membayar cukai-cukai yang dikenakan ke atas segala pendapatan yang diterima dari P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

4. Pengedar tidak dibenarkan menjual produk/perkhidmatan lain yang tidak berkaitan dengan P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD secara langsung atau tidak langsung di atas nama P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD.

5. Dalam keadaan di mana pengedar didapati melanggar peraturan-peraturan yang dinyatakan di dalam garis panduan ini, P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD berhak memberhentikan pembayaran bonus dan insentif serta membatalkan keahlian dan hak pengedarannya. Keputusan P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD adalah muktamad. P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD tidak akan bertanggungjawab keatas segala kerugian kewangan yang diakibatkan oleh tindakan itu.

6. Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan, spekulasi, komen yang tidak sahih, tidak tepat dan tanpa pengesahan, berkaitan aktiviti dan pengurusan syarikat di mana-mana media termasuklah media sosial. Halangan ini adalah untuk mengelakkan sangka buruk dan nama baik syarikat. Sebarang cadangan, komen, kritik atau rasa tidak puas hati hendaklah diutarakan terus kepada syarikat melalui e-mel rasmi (sales@p3sweetener.com.my) atau terus kepada pihak pengurusan syarikat. Pihak syarikat berhak menamatkan keahlian ahli yang melanggar syarat dan arahan ini, tanpa sebarang notis dan rayuan. Segala keistimewaan ahli (pangkat, bonus, CTO) akan dilucutkan.

7. Bermula dari 1hb Ogos 2015, yuran keahlian baharu akan dikenakan sebanyak RM30.00 seumur hidup, selagi keahlian tidak terbatal. Setiap ahli baharu akan menerima kad keahlian, berserta senaskhah booklet syarikat ‘KEBAIKAN, KITA KONGSI BERSAMA’.

8. Untuk ahli lama (ahli sedia ada) dikenakan bayaran sebanyak RM15 untuk mendapatkan kad keahlian dan booklet ‘KEBAIKAN, KITA KONGSI BERSAMA’.

9. Pembaharuan (Renewal) dengan hanya perlu membuat pembelian lebih 100 BV dalam setahun.

10. Bayaran sebanyak RM10.00 setahun dikenakan kepada ahli yang menggunakan servis E-wallet.

11. P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD berhak untuk menambah mana-mana peraturan baru dalam garis panduan yang sedia ada tanpa memberi sebarang notis kepada pengedar bagi memelihara kepentingan P THREE SWEETENER GLOBAL SDN BHD dan rangkaian-rangkaian pengedaran P THREE SWEETENER GLOBAL. Pengedar mestilah mematuhi peraturan-peraturan baru yang ditambah ini.

12. Pengeluaran e-wallet akan dilakukan pada setiap hari Isnin dan Khamis sahaja. Setiap pengeluaran yang dilakukan akan dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM1.00.