Selamat Menyambut Hari Malaysia 2019

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963

Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1441

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1] Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. Kalender Hijarah secara

Selamat Hari Raya Eid al-Adha 2019

Pengurusan dan kakitangan P3 Sweetener mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2019, dengan ucapan, “Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan.” Hari Raya Korban, dikaitkan dengan Nabi Ibrahim a.s. Jika dibaca semula riwayat Nabi Ibrahim, kita akan mengesahkan bahawa, Nabi Ibrahim adalah manusia yang tidak pernah mempersoalkan apa yang Allah suruh. Apa yang Allah suruh akan dibuat tanpa mempersoalkan walau sepatah kata. Terus dilaksanakan. Allah perintahkan membuka kota Mekah yang kering kontang dan tidak ada sebarang potensi pembangunan. Namun Nabi ibrahim buat, tanpa mempersoalkan, “Kenapa di sini?” Allah perintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar yang sarat mengandung, bila-bila masa akan melahirkan, di tengah-tengah

Selamat Hari Raya Idulfitri 2019

Pengurusan dan kakitangan P3 Sweetener mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfiri 2019, dengan ucapan Maaf Zahir Batin. Pada Hari Raya ini jadikan produk P3 sebagai sebahagian daripada hidangan untuk keluarga dan tetamu. Pada masa lalu, setiap Idulfitri, kerana makan minum tidak terkawal, banyak kes-kes diabetes, darah tinggi yang meningkat mengakibatkan berhari raya di katil hospital. P3, sedikit sahaja, manis bukan kepalang, tanpa mudarat gula.

Mari Meraikan Ramadan 2019

Ramadan berasal daripada kata akar, yang bererti panas yang menyengat atau kekeringan, khususnya pada tanah. Daripada kata akar tersebut, perkataan Ramadan digunakan untuk menunjukkan adanya rasa panas ketika seseorang itu kehausan. Pendapat lain mengatakan bahawa perkataan Ramadan digunakan kerana pada bulan itu dosa-dosa dihapuskan oleh perbuatan baik sebagaimana matahari membakar tanah. Hal ini dikiaskan dengan umat Islam yang mengambil kesempatan Ramadan untuk betul-betul mencairkan, memuhasabah diri dan memperbaharui kekuatan jasmani, rohani dan tingkah lakunya, sebagaimana panas mewakili sesuatu yang dapat mencairkan bahan. Selama sebulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa setiap hari, dari terbit fajar (subuh) sehinggalah terbenamnya matahari (maghrib). Selama

Selamat Menyambut Isra’ Mikraj 2019

Pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad ﷺ dari Mekkah ke Madinah. Apabila bercerita tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah ﷺ bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa:   Israk yakni perjalanan Nabi Muhammad ﷺ menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Nabi Muhammadﷺ ini telah

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2019

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.