Selamat Menyambut Divali

divali

Bagi pelanggan dan pengedar P3 beragama Hindu, dalam dan luar negara, diucapkan selamat menyambut Hari Deepavali / Divali. Juga untuk seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu. Divali adalah sambutan kemenangan dan kepulangan Raja Rama ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana. Kemenangan dan kepulangan itu di sambut dengan pesta nyalaan lampu tanah liat. Sebab itu juga Divali dikenali dengan ‘Pesta Cahaya’ bagi meraikan kebaikan mengalahkan kejahatan.    

Selamat Menyambut Tahun Baharu HIJRAH

P3

Diucapkan selamat menyambut tahun baharu HIJRAH. Istilah HIJRAH merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari. SEJARAH KALENDAR ISLAM / KALENDAR HIJRAH Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu

Selamat Menyambut Hari Malaysia

hari-malaysia

Diucapkan selamat menyambut ulangtahun HARI MALAYSIA. Sejarahnya: Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am

Selamat menunaikan Ibadah Haji 2017

haji2017

Selamat menunaikan Ibadan Haji. semoga segalanya dipermudahkan, dilindungi Allah SWT. Sama-sama mendoakan semoga selamat perjalanan ke sana, sepanjang di sana dan selamat kembali ke tanah air. Sama-sama mendoakan semoga lancar melaksanakan 6 Rukun Haji dengan jayanya. * Jangan lupa untuk membawa produk P3 Sweetener, teman setia penjagaan kesihatan di mana sahaja.

Salam Ramadan 2017

ramadan

Salam Ramadan untuk semua warga P3 dan keluarga. Bersyukur kita dengan kehadiran Ramadan Mubarak yang penuh dengan segala keberkatan, kebaikan, rahmat dan pengampunan dari Allah swt. Di bulan yang mulia ini marilah bersama-sama kita berusaha sedaya-upaya meningkatkan kebaikan dan dalam masa yang sama berusaha sedaya-upaya meninggalkan keburukan. Sesungguhnya, bukan hanya di bulan Ramadan bahkan pada 11 bulan berikutnya sepanjang hayat kita.

Membina Kesihatan Adalah Semasa Belum Memerlukan Kesihatan Tersebut

sihat

Selalunya, apabila sampai masa MEMERLUKAN KESIHATAN, tetapi, baru hendak bermula membina kesihatan, sesalan paling besar pun datang. Jadi, sebelum sampai saat memerlukan kesihatan itu, marilah bersama membina kesihatan sekarang. Kesihatan, pada umumnya terbina daripada: 1. Makanan, 2. Minuman, 3. Ibadat, 4. Sukan & Riadhah, 5. Gaya Hidup, 6. Pemikiran & Fokus, 7. Persekitaran, 8. Pergaulan. Doa? Ya, doa amat penting sekali. Namun doa ada disiplin tersendiri. Adalah salah — berdoa dan hanya berharap kepada ‘keajaiban’ akan terjadi melalui doa tersebut. ‘Keajaiban’ akan terjadi jikalau doa kita optimis, penuh keyakinan, terlalu mengharap dan MELAKSANAKAN APA YANG DIPOHON. Jikalau memhon kesihatan, semestinya kita

Majlis Penyampaian Hadiah

17022415_625052161027150_5295573044781281986_n

Dijemput menyertai majlis gemilang penyampaian hadiah. Dengan tiket yang diperoleh dengan membeli produk P3, anda boleh turut serta dalam majlis yang merangkumi: 1. Penyampaian Hadiah, 2. Cabutan Bertuah, 3. Jamuan Tengahari Di Restoran Ternama. Tarikh: 20 Mei 2017 Masa: 11.00 pagi hingga 2.30 petang Lokasi: Dewan Atas, Restoran Adam Lai, Dataran Melawati. Untuk keterangan lanjut, sila ketahui di sini: Terma & Syarat