Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

staff

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin. Ucapan tulus ikhlas daripada Pengurusan dan kakitangan P3. [Soal Jawab Ibadah] Sunat-sunat Dan Adab-adab Di Hari Raya Oleh : Ustaz Ahmad Fahmi C Nordin   1- Disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Hukum sunatnya diqiyaskan dengan hukum sunat mandi Jumaat kerana Hari Raya ialah hari berhimpunnya manusia. Mana-mana waktu atau tempat yg berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan disunatkan mandi kepada semua, samada yg ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yg

Salam Ramadan Kareem 2018

p3-ramadan

Ramadan adalah bulan suci yang lebih baik dari seribu bulan. Ramadan juga adalah bulan yang dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya. Tersangatlah rugi jika kita tidak merebut peluang itu, bahkan membiarkan peluang itu pergi begitu sahaja. Nabi Muhammad SAW banyak memberikan contoh kepada umat Islam dalam mengamalkan ibadah sunat dalam bulan Ramadan. Berikut adalah amalan yang dianjurkan untuk diperbanyak selama sebulan Ramadan. #1 – Melaksanakan Makan Sahur Bersahur merupakan perkara paling penting dalam ibadah puasa. Bukan sahaja mendapat ganjaran pahala, sahur juga membantu mengekalkan tenaga untuk berpuasa pada keesokannya. “Bersahurlah kalian, kerana pada santap sahur itu

Salam Maulidur Rasul

maulid

Kelahiran baginda telah memberikan CAHAYA yang berterusan kepada kira semua. Bersyukur sentiasa. BIODATA RASULULLAH S.A.W: 1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah) 3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah 4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) 7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 8. Ibu susu

Selamat Menyambut Divali

divali

Bagi pelanggan dan pengedar P3 beragama Hindu, dalam dan luar negara, diucapkan selamat menyambut Hari Deepavali / Divali. Juga untuk seluruh rakyat Malaysia beragama Hindu. Divali adalah sambutan kemenangan dan kepulangan Raja Rama ke Ayodhya setelah mengalahkan Ravana. Kemenangan dan kepulangan itu di sambut dengan pesta nyalaan lampu tanah liat. Sebab itu juga Divali dikenali dengan ‘Pesta Cahaya’ bagi meraikan kebaikan mengalahkan kejahatan.    

Selamat Menyambut Tahun Baharu HIJRAH

P3

Diucapkan selamat menyambut tahun baharu HIJRAH. Istilah HIJRAH merujuk kepada perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari. SEJARAH KALENDAR ISLAM / KALENDAR HIJRAH Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu

Selamat Menyambut Hari Malaysia

hari-malaysia

Diucapkan selamat menyambut ulangtahun HARI MALAYSIA. Sejarahnya: Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am