Selamat Menyambut Hari Malaysia 2018

hari-Malaysia-P3

Selamat Hari Malaysia pada 16 September 2018.  Pada tahun ini, Hari Malaysia dirayakan dalam suasana yang berbeza. Kini dirayakan di bawah kerajaan baharu, Kerajaan Pakatan Harapan. MEMAHAMI HARI MALAYSIA Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia